12 September 2015

Sudut Info - D . A . R . I . H



D - DADAH
      Dadah merupakan sejenis bahan yang merbahaya dan     mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental, emosi serta tingkahlaku pengguna seperti ketagihan dan terus bergantung hidup kepadanya.

A- ALKOHOL  
      Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras yang boleh memperlahankan fungsi sistem saraf pusat dan gangguan tingkahlaku yang tidak stabil seperti mabuk, kemurungan, agresif dan bercelaru.


R - ROKOK
      Rokok adalah silinder dari kertas yang mengandungi bahan busa serabut sintetik dannikotin yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan kanser paru-paru. 

I - INHALAN
     Inhalan merupakan bahan kimia psikoaktif yang terhasil daripada pelarut organik, aerosol, pelekat deodoran, pemetik api, cat yang boleh menyebabkan kematian sel otak dan cacat akal.
Jenis-jenis Inhalan

  • Pelarut/Cecair
Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen.
  • Bahan Gas
Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida.
  • Aerosol
Pemetik api, pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.
  • Bahan Nitrit
Climax, poppers, rush, locker room.

Cara Penggunaan
Menghidu

Ciri-ciri Penagih Inhalan
Pertuturan kurang jelas, mata berair dan merah, hidung berair, bau nafas yang pelik, bahan kimia pada pakaian dan penampilan seperti orang mabuk atau pening.

Kesan / Akibat

  • Serta-merta
Berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, emosi tidak stabil, kehilangan deria sakit, fizikal tidak seimbang serta tidak mampu berdiri.
  • Jangka panjang
Kerosakan sel-sel otak (hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan, kemurungan), oksigen dalam darah berkurangan, gangguan penglihatan/buta, kerosakan organ utama badan (paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang), boleh mengakibatkan kegagalan jantung berfungsi dan kematian mengejut.
  
H - HIV 
      Hiv merupakan virus yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.

APA ITU DADAH?
Pengenalan Dadah
Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.


Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".
Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
·         Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
·         Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
·         Diperoleh secara haram
·         Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
·         Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :
·         Opiat dan Opiat sintetik
·         Stimulan
·         Ganja
·         Halusinogen
·         Depresen
·         Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna
Share:

Kuiz PPDa

Arkib Kajian Tindakan

Pelawat Blog

Anda pelawat ke:

Stats Of Hits

Pegawai Meja PPDa JPN Sabah

Pegawai Meja :
1: EN. FREDDY AU
2: PN. RUIYAH@ NORIAH BINTI MULOK />
No.Telefon : 088-537010
Emel : freddy.au@moe.gov.my

Video PPDa

Support