Perasmian Bilik PPDa SKBB
PPDa SK Bukit Balacon telah dirasmikan pelancarannya oleh Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu yang diwakili oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pn. Jummiah Tee pada 15 Mei 2015.
PPDa SK Bukit Balacon telah dirasmikan pelancarannya oleh Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu yang diwakili oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pn. Jummiah Tee pada 15 Mei 2015.

Pengenalan Ringkas PPDa SKBB
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon Lahad Datu telah dijalankan sejak tahun 2013. Namun begitu, pada tahun 2014, Laluan PPDa sekolah telah diwujudkan. Lokasi laluan ini ialah di Tingkat Bawah yang menghubungkan Blok Kelas dengan Blok Kantin. Laluan ini diwujudkan untuk memberi maklumat, kesedaran dan keinsafan kepada pelajar agar menjauhi dadah atau bahan - bahan lain yang boleh menjurumuskan diri kepada penyalahgunaan dadah.
VISI
Sekolah Bebas Dadah
MISI
Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang menyeluruh dan bersepadu daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
MATLAMAT
Memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah.