13 September 2015

PPDa SKBB

Share:

12 September 2015

JENIS-JENIS DADAH & JENIS DADAH DARI TUMBUHAN

Heroin

Definasi

-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Jenis/Bentuk

Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4, Brown Heroin , Heroin Black Tar

Nama Lain

Big H , Dope , Smack , TNT

..sumber info >>>
Share:

Lawatan PEMADAM Lahad Datu

Lawatan Perkongsian Pintar PEMADAM Lahad Datu telah diadakan ke PPDa SKBB pada 11 September. Pihak PEMADAM banyak membantu menambah baik fungsi dan peranan PPDa SKKB dalam menjadi agen sebaran maklumat berkaitan bahaya dadah di kalangan pelajar dan ibubapa.



Share:

Sudut Info - D . A . R . I . H



D - DADAH
      Dadah merupakan sejenis bahan yang merbahaya dan     mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental, emosi serta tingkahlaku pengguna seperti ketagihan dan terus bergantung hidup kepadanya.

A- ALKOHOL  
      Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras yang boleh memperlahankan fungsi sistem saraf pusat dan gangguan tingkahlaku yang tidak stabil seperti mabuk, kemurungan, agresif dan bercelaru.


R - ROKOK
      Rokok adalah silinder dari kertas yang mengandungi bahan busa serabut sintetik dannikotin yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan kanser paru-paru. 

I - INHALAN
     Inhalan merupakan bahan kimia psikoaktif yang terhasil daripada pelarut organik, aerosol, pelekat deodoran, pemetik api, cat yang boleh menyebabkan kematian sel otak dan cacat akal.
Jenis-jenis Inhalan

  • Pelarut/Cecair
Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen.
  • Bahan Gas
Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida.
  • Aerosol
Pemetik api, pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.
  • Bahan Nitrit
Climax, poppers, rush, locker room.

Cara Penggunaan
Menghidu

Ciri-ciri Penagih Inhalan
Pertuturan kurang jelas, mata berair dan merah, hidung berair, bau nafas yang pelik, bahan kimia pada pakaian dan penampilan seperti orang mabuk atau pening.

Kesan / Akibat

  • Serta-merta
Berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, emosi tidak stabil, kehilangan deria sakit, fizikal tidak seimbang serta tidak mampu berdiri.
  • Jangka panjang
Kerosakan sel-sel otak (hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan, kemurungan), oksigen dalam darah berkurangan, gangguan penglihatan/buta, kerosakan organ utama badan (paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang), boleh mengakibatkan kegagalan jantung berfungsi dan kematian mengejut.
  
H - HIV 
      Hiv merupakan virus yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.

APA ITU DADAH?
Pengenalan Dadah
Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Share:

Mukaddimah

Perasmian Bilik PPDa SKBB

PPDa SK Bukit Balacon telah dirasmikan pelancarannya oleh Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu yang diwakili oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pn. Jummiah Tee pada 15 Mei 2015.  









Pengenalan Ringkas PPDa SKBB


Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon Lahad Datu telah dijalankan sejak tahun 2013. Namun begitu, pada tahun 2014, Laluan PPDa sekolah telah diwujudkan. Lokasi laluan ini ialah di Tingkat Bawah yang menghubungkan Blok Kelas dengan Blok Kantin. Laluan ini diwujudkan untuk memberi maklumat, kesedaran dan keinsafan kepada pelajar agar menjauhi dadah atau bahan - bahan lain yang boleh menjurumuskan diri kepada penyalahgunaan dadah.


VISI
Sekolah Bebas Dadah

MISI
Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang menyeluruh dan bersepadu daripada  aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.

MATLAMAT
Memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid,  guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah.
Share:

Kuiz PPDa

Arkib Kajian Tindakan

Pelawat Blog

Anda pelawat ke:

Stats Of Hits

Pegawai Meja PPDa JPN Sabah

Pegawai Meja :
1: EN. FREDDY AU
2: PN. RUIYAH@ NORIAH BINTI MULOK />
No.Telefon : 088-537010
Emel : freddy.au@moe.gov.my

Video PPDa

Support